Isang Litrong Liwanag – A Litre of Light

Tatkala aku terdengar nama projek ‘a Litre of Light’, yang terlintas di fikiranku hanyalah air mata rakan studioku yang mengalir kerana menonton ‘1 Litre of Tears‘. Namun ternyata projek ini lebih mampu mengalirkan tangisan air mata kesyukuran kepada ribuan penduduk miskin di Filipina.

Isang Litrong Liwanag, nama projek ini dalam bahasa aslinya (Tagalog), merupakan sebuah projek pencahayaan mesra alam, di mana botol solar dijadikan sebagai sumber cahaya bagi menerangi rumah-rumah miskin di Filipina. Pada 2009, Suruhanjaya Tenaga Filipina menganggarkan terdapat kira-kira 3 juta buah rumah di luar kawasan metro Manila masih lagi tidak dibekalkan dengan tenaga elektrik. Ini menyebabkan berlakunya kejadian pencurian elektrik dengan sambungan yang tidak selamat, sekaligus menyebabkan kebakaran besar di kawasan setinggan.

Ini merupakan sebuah projek yang menarik. Mereka menggunakan satu penyelesaian mudah yang mengatasi masalah besar masyarakat, malah merupakan sebuah pencapaian yang cukup kreatif dan mengagumkan. Mereka hanya menggunakan botol-botol kosong yang diisi dengan air mineral dan sedikit peluntur (bleach) serta sedikit kemahiran bertukang, untuk menghasilkan lampu yang bersinar terang! OH-sem!

Kita hanya perlu menunggu beberapa ketika sebelum idea ini akan digunapakai oleh rakan-rakan arkitek saya dalam rekabentuk mereka yang akan datang~! (Itupun kalau bos-bos mereka setuju)

komen setakat ini... Sila tambah lagi...

What Others Are Saying

  1. Muhammad Nazril Laharadi Sep 17, 2011 at 9:11 pm #

    Ahmad Salman Mohd Sulaiman jangan menangis!

  2. Nurulhuda Faris Sep 17, 2011 at 9:27 pm #

    adakah pakcik maman Ahmad Salman yg dimaksudkan – rakan studio yg mengalir air mata ketika menonton 1 Litre of tears? hehe..

  3. Muhammad Nazril Laharadi Sep 17, 2011 at 9:40 pm #

    pakcik Ahmad Salman Mohd Sulaiman merupakan orang yg akan menangis kerana melihat solar light yang diaplikasikan dalam rekaan dia masa di kaed dahulu rupanya sangat mudah dibuat, hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>